Diwajibkan Kaffarah Al-Uzma – iaitu membebaskan
hamba yang beriman – sekiranya tidak didapati
maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut,
kalau sekiranya tidak mampu hendaklah memberi
makan kepada 60 orang yang miskin – Sebagai hukuman
kepada sesiapa yang merosakkan puasanya satu hari
dibulan ramadhan dengan bersetubuh dengan sengaja.
Sebagaimana
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w,
katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w
berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab
lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku
pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah
s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan
hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah
s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan
berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu.
Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai
makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang
miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki
itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang
kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar
berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda:
Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada
siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku?
Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang
lebih berhajat kepada makanan selain dari kami
seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat
gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah
kurma itu kepada ahli rumahmu.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun Kaffarah tidak kena kepada orang perempuan.
Begitu juga dengan orang yang bermusafir tidak
kena kaffarah baginya kalau sekiranya melakukan
persetubuhan dengan niat menggunakkan Rukhsah
( kelonggaran untuk tidak berpuasa ketika musafir
) kerana berbuka harus baginya . Tidak kena kaffarah
juga bagi mereka yang bersetubuh dengan sangkaan
bahawa hari masih malam walaupun hari sudahpun
lebih daripada waktu terbitnya fajar.
0 Response to " HUKUM BERSETUBUH PADA BULAN RAMADHAN"
Posting Komentar